Friday 19 August 2011

perjuangan 10 malam terakhir bermula!

dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

ALHAMDULILLAH..alhamdulillah,alhamdulillah..betapa aku bersyukur masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas di bumi ALLAH hari ini.Jari-jemari aku lancar sahaja mengetuk papan kekunci.Idea datang untuk menulis dalam entry kali ni datang tanpa dipanggil..

Diam tak diam,sedar tak sedar..kita dah pon menghampiri penghujung kepada penghulu segala bulan ini.YA,MASA TERUS BERLALU. "Demi masa,manusia itu sentiasa kerugian." Sedih rasanya,ramadhan akan pergi meninggalkan kita.Bagi orang-orang yang tidak mamanafaatkan bulan ni,adalah satu kerugian yang amat besar bagi mereka.Moga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang rugi itu.

Entry kali ni sekadar untuk mengingatkan diri aku sendiri dan readers sekalian yg sudi menjenguk blog aku yang tak seberapa nih.Moga kita beroleh sesuatu dari entry kali ni.

"10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN." Bila sebut je pasal 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN ni,aku yakin semua orang tau apa yang istimewa nya 10 MALAM terakhir ni.

*********
Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapnya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan )

Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu.

Ini merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.
Sianaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.Subhannallah!Hebatnya LAILATUL QADAR!

Anugerah malam Lailatul-Qadar dengan menghidupkan malamnya mempunyai ganjaran melebihi 1,000 bulan, tidak perlu melakukan jihad sehebat Syarm’un.
Membaca satu ayat al-Quran pada malam Lailatul-Qadar lebih disukai oleh Allah berbanding membaca seluruh al-Quran hingga khatam pada malam-malam lain. Perbualan nabi Musa a.s yang terkenal suka berdialog dengan Allah.

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin mendekatiMu?”

· Allah: “Apabila engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin RahmatMu?”

· Allah: “Rahmat dan belas ikhsanKu kepada mereka yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin melintasi Titian Siratul Mustaqim selaju kilat”

· Allah: “Hanya jika engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar“

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin duduk dibawah pohon syurgaMu dan menikmati buah-buahannya?”

· Allah: “Dirikanlah ibadat pada malam Lailatul-Qadar!”

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin selamat daripada api neraka?”

· Allah: “Wahai Musa, carilah keberkatan pada malam Lailatul-Qadar!”
***********

Kita sepatutnya bersyukur sebab ALLAH hanya mengurniakan MALAM LAILATUL QADAR ni hanya kepada umat NABI MUHAMMAD s.a.w dan tidak kepada umat-umat terdahulu.Mungkin aku tak layak nak bagi nasihat untuk korang semua,tapi aku berhak nak bagi nasihat untuk diri aku sendiri.


INSYAALLAH,akan aku perjuangkan 10 MALAM TERAKHIR nih,moga mendapat berkat darinya.Tujuan aku hanya satu,untuk mencari redhaNya,untuk meminta dikurniakan kekuatan untuk menempuh segala dugaan yang mendatang. InsyaALLAH.Moga beroleh rahmat darinya.Moga dipertemukan dengan malam rahmat ini.

YA ALLAH,JIKA INI RAMADHAN YANG TERAKHIR BUATKU,JADIKANLAH RAMADHAN INI YANG TERBAIK DAN TERINDAH BUAT DALAM HIDUPKU...sesungguhnya darimu aku datang dan kepada mu jualah aku kembali...AMIN :(

p/s:korang..aku buat entry ni bukan nak tunjuk yang aku ni hebat sangat beribadah,tapi entry ni aku buat untuk mengingatkan diri aku sendiri.Terpulang pada pandangan masing-masing.Aku pon macam korang jugak..sentiasa lalai,sentiasa berbuat dosa.Yang baik datang daripadaNYa,dan yang buruk itu datang daripadaNya juga cuma menjadikan aku sebagai perantaraanNya.SEKIAN..... :)

No comments: