Wednesday, 7 December 2011

dekati pesakit H.I.V.

dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI.

hmm,mood nak menaip dah datang=)

bila tengok tajuk tu korang boleh agak tak apa sebenarnya niat aku?boleh??
okeh,soalan pertama aku.Korang pernah jumpa dan dekati pesakit HIV?pernah?tak pernah?aku pon tak pernah.Tapi kalau ada peluang atau diberi peluang,korang nak tak?aku nak.. ^^

yang aku kesal sangat dengan mentaliti sesetengah orang kita yang tak pernah berubah.Bila ada jiran atau ahli keluarga yang menghidap penyakit HIV ni,mulalah buat "RUSUHAN" beramai-ramai. Sedangkan,mereka sangat memerlukan pertolongan dari kita.Pertolongan dari segi mental,fizikal mahupun kebajikan mereka,kitalah yang kena bertanggungjawab.Harus ada dalam diri setiap individu tu,sifat perikemanusiaan.
Untuk korang yang selalu kata penyakit ni boleh berjangkit kalau korang dekati pesakit hiv ni, cuba korang bukak sikit minda tuh.Bukak minda,bukak akal,bukak hati.Ni fakta yang aku dapat dari MALAYSIA AIDS COUNCIL.Baca!

Untuk pengetahuan anda, HIV/AIDS hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuklah darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis. Virus ini juga terdapat dalam tisu badan, organ, bendalir dan dalam tulang belakang dan otak.

Virus HIV/AIDS ini juga dapat dikesan dalam kadar yang sedikit di dalam air mata, air liur, air kencing dan susu badan. Virus HIV/AIDS ini boleh dipindahkan atau dijangkiti melalui hubungan seks dengan seseorang yang telah dijangkiti HIV seperti pelacur atau membuat hubungan dengan ramai pasangan yang tidak diketahui status kesihatan mereka.

Selain itu, menerima darah daripada orang yang telah dijangkiti HIV seperti semasa pemindahan darah, pada jarum suntikan atau pada alat-alat penembus kulit seperti bertindik telinga, tato, pisau cukur dan berkhatan.

Juga terdapat kes-kes yang pernah kita dengar sebelum ini di mana mangsa kemalangan yang memerlukan darah telah dijangkiti HIV secara tidak sengaja apabila darah yang mereka terima itu adalah darah yang telah dicemari HIV.
Kita patut bersyukur yang kita bukan tergolong dalam kalangan orang yang hidap HIV.Tapi,cuba kita bayangkan jika kita sendiri yang berada kat tempat diorang.Bagi kanak-kanak HIV tuh,bukan salah diorang sebab hidap HIV,kenapa pulak kita kena pulaukan diorang.Diorang tak mintak pon nak penyakit ni,tapi ALLAH uji diorang dengan penyakit yang ubatnya sampai sekarang belom ada.

ALLAH dah bagi kita akal,so fikirlah.Diorang pon berhak untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ni.Apa hak kita untuk singkirkan diorang dari kehidupan yang ALLAH bagi free ni?Apa hak kita?Come on..change the way u think!Kita semua samalah.Tak ada bezanya.Fikir-fikirkanlah.. =)
hulurkan bantuan anda..anda mampu mengubahnya*erkk?ntah pape..haha*

nota jari hantu:
kalau ada peluang,aku nak sangat dekati pesakit HIV ni.Sekurang-kurangnya beri mereka semangat yang mereka pon layak untuk teruskan kehidupan atas muka bumi ni,macam orang lain.

1 comment:

Nelly The Strange said...

Betul . masa Nelly pergi seminar hari tu pun dia cakap benda yang sama . mereka masih normal . cuma , ada beberapa langkah kita kena tau untuk elak drpd dijangkiti . :)