Wednesday, 7 December 2011

ego,riak,angkuh,sombong!

dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI.

Alhamdulillah,hidup lagi aku atas dunia ni.Syukur segala nikmat kurniaan dari Yang Maha Kuasa=)
mood sekarang ni: AMAT BOSAN DIKELILINGI OLEH MANUSIA-MANUSIA YANG SOMBONG =.=

Huh,YA ALLAH,sombong tahap gaban. Pergggghhh! memang sombong giler r.Entahla, ni lah perangai manusia. Sifat sombong memang tak leh lari.
Tapi satu je la,aku nak bagitau kan,korang rasa korang dah hebat ke? Banyak sangat ilmu yang korang ada? Tinggi sangat dah kedudukan tu?

Harta yang ada aku rasa korang bukan boleh bawak masuk kubur pon. Tolong ah,sombong ni orang tak suka la. Bukan orang aje,ALLAH lagi la tak suka. Korang suka ALLAH benci korang?Suka?Kalau suka baik cepat-cepat pi tukar IC baru,letak agama lain.k??
Cuba korang buka sikit hati korang tuh. Heh,tak ke mana la kalau setakat dalam FB ni femes, mengalahkan SITI NURHALIZA dengan hati busuk korang tu lah.

Tak ke mana lah kalau korang rasa korang dah bijak sangat kalau nak kongsi ilmu yang ciput ni pon payah.Tak ke mana,cayelah cakap aku.
Wahai manusia-manusia yang sombong,aku bukan nak kata yang aku ni BAIK sangat.Sampai suka-suka hati nak kondem orang.Tapi aku sebagai manusia ada tanggunggajawab di mana setiap khalifah di bumi ini wajib untuk berdakwah.Tak yah tunggu pakai kopiah or tudung labuh la nak berdakwah ni.

Tolonglah,eh??Tinggi mana la sangat korang tuh.Tak yah la sombong-sombong ni.Orang benci,tau?

ni,bukti ALLAH BENCI orang yang sombong.Bukan aku kata,ALLAH yang kata.
Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” – (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)

You see?Betapa ALLAH membenci hamba-hambanya yang sombong.So,buang lah sifat sombong tu.k? =)
Moga kita semua sentiasa mendapat petunjuk darinya dan bukan tergolong dalam kalangan orang-orang yang sombong.AMIN...

nota jari hantu:
sabarlah,korang nak sombong,sombonglah..aku tak peduli.

2 comments:

wanda said...

jangan bosan dikelilingi org yg sombong..ibarat bosan dgn apa yg Allah bagi..:P sis selalu pegang kata2 mak sis..hehee..btw,jgn marah2 nnt cpt tua..:)

MéuzAngelo™ XXIII said...

font tu kalo tukar kepada yg biase lg ok rsenye.. takpun tukar kepada yg senang nak baca :)