Saturday 10 November 2012

tak tahu nak letak tittle ape.

bismillahirrahmanirrahim.. Dengan kepala yang agak pening dan rasa tak sedap badan *mungkin nak demam agaknya* aku teruskan jugak niat aku yang dari tadi lagi nak update entry baru. Dah bersawang rupenyer.. berkurun lamanya aku tak jenguk bloggy nih. walaupun SPM masih belom tamat secara rasminya,aku terlebih dahulu sudah menamatkannya. Hahaha.. *joking* 4 subjek dah berlalu dengan jayanya.Keputusannya aku sudah berserah sepenuh nya pada tuhan yang Maha Kuasa.Dengan usaha yang seciput aku tak rasa aku akan dapat tinggi..kot.Kalau tinggi,aku akan buat-buat terkejut,then,bile orang tanya,aku akan jawab,eh aku tak study mane pon,entah macam manalah boleh dapat tinggi ni weyh. Tak sangka aku.*dengan muka yang ala-ala Capten Jack Sparrow dalam movie Pirates Of The Carribean tuh. Dan sekarang,5 more subjects left.PAI,KIMIA,BIOLOGI dan FIZIK..eh baru empat,ape satu lagi yer?alamak!aku lupa,ADDMATH mesti cikgu kamal a.k.a guru addmath aku yang sangat hebat tu akan flying kick aku bile dia baca entry ni*sorry cikgu ku,saya tak sengaja* Ohh..subjek pembunuh..masalahnya,subjek-subjek ni semua membunuh aku dalam dia. *SILENT KILLER* seram kan?haiihh..apela nak jadi dengan aku ni yer?nak jadi tukang sapu?tukang cuci?cashier kat 7ELEVEN?Ohh..saya tak nak.Habis tu,nak jadi apa?Paling low saya nak jadi doktor,kalau tak boleh,nak jadi lawyer,tak pon engineer yang keje kat petronas tuh,ala yang dekat bahagian pelantar tengah laut tuuu OFFSHORE kalau tak silap aku. Untuk subjek yang tinggal lagi 9 hari aku nak face ni,aku akan selalu berdoa yang aku akan sihat!tu je..kenapa yer?ohh..mestilah ada sebabnya.Tak boleh bagtau sangat,nanti datang segala polis,lawyer,dan mungkin juge Dektatif Conan datang menyiasat aku. So,here,silence is golden ;)
Sekarang dah November.How time flies -_- .tak sangka aku akan meninggalkan zaman persekolah.Dan nampaknya aku sedang meniti hari-hari terakhir aku di sekolah menengah ni.Rasa macam baruuu je form 1 *sambil menghadap cermin,membayangkan muka yang masih flawless dan innoncent seperti form 1 dulu* *if you feel suck, please go away,I never force you to read my blog* agak hiperbola(perbandingan yang melampau,lampau,lampau dan lampau)ayat aku nih. Dan..sebagai seorang calon SPM 2012 yang sudah tidak sabar-sabar menamatkan peperiksaanya.Otak saya sudah mula merencana pelbagai strategi dan perancangan yang bakal dilaksanakan sejurus selepas SPM nanti.enta enti yang sudi baca vlog saya ni janganlah kata saya ni pelajar yang malas,jahat,kejam,atau apa-apa yang sewaktu dengannya sebab saya juga pasti ramai calon SPM 2012 seperti saya tahun ini,at this time,at this minute,at this second juga sudah merancang pelbagai aktiviti sementara menunggu result nyer nanti.So,saya tak malu..and who cares right? oh spm...ok,sudah kita *ngomong* soal SPM ni.Agak penat otak aku untuk kerap menghantar maklumat melalui nerve-nerve cell yang memang dah berselerak ni supaya jantung aku berhenti seketika daripada berdegup pantas yang sudah berhari-hari tak henti-henti dan akan terus berpanjangan sementara menanti result *entah apa-apa* Oh ye..tahun ni result UPSR keluar 19/11.Means dalam about 2 weeks more kan?eh,ye ke?entahlah,otak aku malas sikit nak mengire malam-malam bute nih.Okey..takpelah,aku kire.Hmmm..hari ni dah 10,eh,9 hai je lah lagi nyer.Tak lama dah tu!Haaa..to my youngest brother,kalau tak dapat 5A siap kau,aku WWE kasi insaf *hiperbola lagi* hamboihh..kejam benor saya nih.Ye lah..sebagai seorang kakak yang sangat bertanggungjawab terhadap pelajaran dan masa depan adik-adknyer,even sebelum ni tak pernah pon ambik tahu akan hal adik,ko nak UPSR ke,nak belajar sampaimampos *mind my languange* ke,saya tak pernah peduli.Owh..sangat-sangat tidak bertamadun kan saya ni?Saya nak tengok adik saya dapat 5A,macam saya dulu.Cehh..saya bukan nak berbangga diri jauh sekali riak,cuma saja nak bagitau biar satu dunia tau! :D *okey,ini sudah riak* Lastly, ini jelah apa yang nak ditulis kali ini. Entah macam mana idea nak tulis ini terkeluar dekat kepala. Tiba-tiba je terpacul.Moga ketemu lagi di lain entry,wasslam~ nota jari kelingking: ada orang beritahu saya setiap apa yang kita buat hari ini akan memberi kesan pada kehidupan kita pada masa hadapan. Bukan nak cakap saya ni bagus tapi begitulah hakikatnya Cc from Imran Kay.

2 comments:

Razil Tahir said...

you made me miss school so much! XD

kaizen said...

gud luck in ur SPM... dah decide ke nk masuk U mane?? kalo kos engineering meh nk bg cadangan...