Friday 5 August 2011

mohon terus diberi kekuatan

dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.


"DIA YANG BAGI MASALAH, DIA YANG SELESAIKAN..DIA YANG BAGI DERITA,DIA YANG BAGI BAHAGIA."

Ye...segala-galanya datang daripada DIA, ALLAH S.WT,tuhan yang Maha Mengetahui segenap jiwa hamba-hambanya. Kalau derita tak kan selamnya derita..dan kalau bahagia tak kan selamanya bahagia. Itulah namanya kehidupan.

Sakit,memang sakit..perit,memang perit..pedih,memang pedih..kalaulah ade sape-sape yang senasib dengan aku, nak sangat aku jumpa dengan orang tuh. Sebab,orang yang melaluinya sahaja yang akan memahami.


Tiba-tiba hari ni aku sebak masa berbuka tadi. Rindu akan gelagat adik-adik aku time nak berbuka.Rindu nyer nak tolong mak masak juadah berbuka, rindunya nak pujuk adik bongsu aku yang selalu merajuk time tak bagi dia baca doa..rindunyer nak alun zikir sama-sama dengan keluarga sebelum berbuka, dan rindunya nak dengar ayah aminkan doa....rindu nyer aku pada saat tu YA ALLAH.

Ramadhan kali ini Engkau hadirkan seribu satu dugaan buat diriku.. aku mohon padaMu agar terus memberi aku kekuatan..kekuatan untuk meneruskan hari-hari seterusnya. Moga hari esok lebih baik dari hari ini.

"JANGAN PERNAH MERAGUI TAKDIR YANG TELAH ALLAH TETAPKAN KE ATAS HAMBANYA.."

"SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA.."

nota buat hati : mohon terus diberi kekuatan.

p/s: mengarut kan entry aku kali ni? Bia la,bia aku sorang je yang paham..
: kenapa tak boleh nak insert pic dalam entry aku nih????

No comments: