Wednesday 10 August 2011

telingaku tidak bisa mendengar lagu korea..maaf!

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha pengasihani...


okeh!straight to the point! entry kali ni aku nak cite sikit pasal manusia di sekeliling aku nih yang TERLAAALUUUU fanatik korea nih!huh....sengal! oh..before that, KEPADA SESIAPA YANG FANATIK KOREA, SILA KLIK "X" PADA ATAS PENJURU SEBELAH KANAN PC ANDA. Jangan melenting tak tentu pasal jika dah terbaca. Jika anda tidak keluar daripada laman ini, jangan MENGADA-NGADA nak komen pape..ini blog aku,so aku punye pasal la nak cite ape pon..amaran sudah dikeluarkan,so terpulang pada anda semua..sekian.

okeh,back to the main point.FENOMENA ARTIS-ARTIS KOREA SEDANG HEBAT MELANDA MALAYSIA..setuju??jika setuju,sila angkat tangan dan goyangkan tangan anda ala-ala usop dalam cite KAK LIMAH tuh..

huhuhuhu,aku bukan nyer nak kutuk artis korea nih,tapi aku just tak puas hati je ngan peminta KPOP ni. Mane tak nyer,tiap-tiap hari ade je yang buat free konsert lam kelas aku. Tau la minat,tak payah la TUUNJUUKk sangat yang korang minat. Ade tuh,sampaikan rela menghafal lagu KOREA tuh. Dah macam cultureshock dah aku tengok. Tapi yang ni bukan cultureshock sebab duduk kat tempat orang,tapi culture shock sebab tak tau nak mengutamakan apa yang harus diutamakan.

Ada jugak yyang sesetengah manusia nih sampai tampal lagi poster artis2 Korea nih atas meja belajar. Huhuhuhuhu..sangat-sangatlah tidak mendatangkan apa-apa faedah.Cube korang bagitau aku,ape faedah yang korang dapat bile tampal muke artis tuh?? dapat ilham mase study?? better korang tampal formula addmath, kimia ke..fizik ke..doa2 penerang hati ke..ade jugak pekdah nyer kan?

DAN...pernah aku terdengar ade sorang manusia nih cakap tak tenang nak study kalau tak dengar lagu Korea. Peeeggghhhhh!!!! hebat!! cube la berfikir secara rasional sikit. Ape kejadahnya korang study sambil dengar lagu Korea??? aduh...konklusinya di sini adalah minda remaja hari ini makin dijajah. Mentaliti sesetengah remaja makin lemah. Mereka tidak mampu menentukan apa yang diorang lakukan. hmmmmm,SANGAT-SANGAT menyedihkan..

Dah dah la tuh,tiap2 hari aku tengok free consert lam kelas aku.Telinga aku dah tak leh nak terima dah lagu korea nih..korang kan da besar,pikir la sikit,ape yang korang dapat sangat bila korang minat artis korea nih??korang dapat duit ke?? ke dapat ilham nak jawab soalan kimia.. huhu,( x pasal-pasal subjek kimia jadi mangsa)

aku tak cakap yang minat KPOP ni salah,tapi berpada-padalah la SIIIKKKIIIITTT.Jangan melampau. Minat tak salah,tapi aku tengok dah macam tahap puja dah.Korang sampai SAAANNGGGUUUPP habiskan duit yang mak ayah korang bagi dengan beli majalah2 KPOP tuh. Huhuhuhu, maklumlah,kat dalam kelas aku tuh ada anak pilot,anak engineer,anak doctor,anak PETRONAS, anak TNB( ehem-ehem..haha)..

oklah,nak out,letih taip panjang-panjang..bye.ASSALAMUALAIKUM. ^_^

P/S: diam tak diam,sedar tak sedar..dah 10 hari umat islam berpuasa.
: rindu la kat semua orang... :(

No comments: