Wednesday, 14 September 2011

lagi emosi tak stabil.

dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI...

Tak nak pegi sekolah besok boleh tak??haih la,eh mangkuk,kau ingat sekolah tu bapak kau yang punye ke?

Hai korang(mesra alam tak aku?) hehe..

Happy nyer aku pegi sekolah hari ni.Berbekalkan semangat juang yang tinggi(poyo tak aku?), aku kuatkan jugak kaki aku ni tuk pegi sekolah tadi.Walaupun dengan mata yang dah macam panda sebab tidur pukul 4.30 malam semalam..aku pegi jugak.

Semangat aku pegi hantar pagi-pagi lagi teks yang aku buat semalam kat cikgu.Dan respon dari cikgu aku..

********

aku: cikgu,ni dah siap dah teks pidato ni..tengok la(dengan excitednya aku bagitau cikgu)

cikgu: ouh..bagi masa dua hari,hari ketiga baru hantar?(dengan muka yg tak de perasaan cikgu tu mula berbicara)

aku:(diam..rasa "down" mula menyerang)

cikgu:(sambil belek-belek kertas)mana isi pidato nih?Huraian tak mantap,contoh tak kukuh,penutup tak de penegasan,awak ni buat teks pidato ke karangan budak sekolah rendah ni?

aku: er..dah habis idea dah saya cari cikgu.Tu je yang saya dapat.Lagipun cikgu bagi masa 2 hari je,tak sempat nak buat research.Biasa nyer kalau saya buat teks pidato ambik masa 1 bulan nak siapkan.(slow2 aku bagitau cikgu tu)

cikgu: ahh,jangan bagi alasan la,kalau tak mampu nak buat bagitau awal-awal.Kata best student,bekas budak sekolah sains lagi,takkan kerja macam ni pon tak boleh nak buat.Lagi bagus saya suruh budak kelas hujung buat.

aku:(makin "down")cikgu,saya buat yang lain lah.

cikgu:hah,saya bagi masa sampai hari Khamnis je..betulkan teks tu,pastikan isi nyer mantap.Faham? Tak kan semua benda saya kena ajar?belambak lagi keje saya yang lagi penting dari ni.Keje senang pon tak boleh nak buat!(sambil tangannya melempar 4 helai kertas ke atas lantai di sebelah kakinya)

aku: (sambil tahan air mata drp keluar sambil ambik bali kertas atas lantai tuh)
*******

sambil menangis aku tulis entry ni tau.Huhuhuhu,ayat yang paling aku tak tahan,
"kata best student,bekas budak sekolah sains lagi..takkan kerja macam ni pon tak boleh nak buat?"

ape kaitan kalau aku sekolah sains?tak de kaitan kan?Ape??ingat aku nak sangat ker sekolah kat sini?dengan cikgu nyer yang ntah pape,eh,tau tak,ikutkan hati aku nih,dah laaamaaaa dah aku pindah,tapi tu la.Cikgu,nape tak suruh je budak kelas hujung tu yang buat?

okeh..sekian~

mood:tertekan dan masih di tahap "down",cuba tuk berfikiran positif...

No comments: