Saturday 10 December 2011

masih macam ni..

dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

..hari ni aku rasa benci.Benci sangat,benci apa?
I HATE MYSELF~.

Hari ni dah 10 DISEMBER 2011 a.k.a 10/12/11.
Dan aku?di mana aku sekarang ni?? masih jugak macam ni..tiap-tiap hari bangun,ngadap lap top, ngadap FESEBUK tak pun kalau rajin sikit update blog.

Nilah rutin harian aku. Macam orang tak de masa depan kan? Ini ke sepatutnya calon SPM tahun depan? Tak kan? haih la... =.=
Siyes aku cakap,aku pon tak tahu kenapa aku jadi M.A.L.A.S.

Sebelum ni tak de la sampai macam ni.Fikiran aku? melayang entah ke mana.Masih memikirkan peristiwa-peristiwa dulu. Makin aku cuba tuk lupa,makin pulak aku ingat.

Novel kajian THE CURSE aku tuh,dah banyak kali aku belek.Aku baca la jugak,tapi sampai hari ni, tak habes-habes lagi.

Nota-nota yang menggunung mengalahkan gunung everest
tuh,satu pon tak sentuh lagi.
Konfom bukak sekolah nanti,awal-awal lagi cikgu akan mintak.

Dan..dengan bangganya aku pamerkan result final exam form 4 baru ni.. T_____________T
BM:81(sama macam mid-year)
BI:73(kecewa sebab aku target dapat A,last-last dapat A- je, papepon,syukur)
MATH:FAIL
ADDMATH:FAIL
KIMIA:30 (nasib BAIK LULUS!tu pun atas tong,huh)
Fizik:FAIL
BIOLOGI:FAIL
SEJARAH:70
P.A.I:55(korang tau tak?masa mid year hari tuh,aku dapat 86,final exam,teruk giler!!!)
Teruk?Memang teruk..!Padan muka aku.
Time dalam kelas,aku belajar macam atas angin.
Jasad aku je ada dalam kelas, tapi roh melayang entah ke mana.

Time jawab exam,honestly aku cakap,aku menangis.Menangis sebab apa?sebab tak boleh nak jawab. Time paper math,migrain.So,memang tak boleh nak jawab..aku tido je.

Yang pure science tuh,korang rengok result pon memang korang akan kata, "ni budak sains tulen ke budak MPV ni?" kan?

aku rasa memang aku langsung tak layak nak duk kelas sains. Rasa nak turun kelas je.
Ambik subjek asas je. =.=
Semuanya silap aku,aku tak pandai nak urus masalah aku dengan pelajaran aku.Aku biarkan masalah aku jadi halangan tuk aku belajar.Aku terlalu fikirkan masalah aku,sampai aku abaikan pelajaran aku.

YA ALLAH,kenapa aku jadi macam ni? :'(

Lepas je mid year hari tu,bersamaan lepasnya jugak satu kem yang memang boleh aku kata 100 peratus ubah hidup aku.Jangan tanya aku kenapa,tapi lepas je dari Kem tu,aku rasa diri aku ni macam kotak kosong.

Empty,zero,nothing!

Kak Farah,Abang Muaz,Abang Rafi,Kak moni,kak gee,dioarang selalu bagi aku nasihat.

Sometimes aku boleh terima,dan aku rasa aku boleh berubah.

Banyak kali aku luahkan pada diorang benda yang sama,tapi diorang tetap tak pernah jemu nak dengar masalah aku.
, stiap org berbeza ujian dari Allah.. ujian Allah untuk nadiah amat berat sekali.. kenapa Allah uji nadiah berat sangat? sebab Allah sayang nadiah.. sebab bila nadiah ditimpa masalah, nadiah akan cari seseorang.. dan akhirnya, nadiah akan ngadu jugak pada Allah.. Allah tu SANGAT PENYAYANG, nadiah.. nadiah, doalah pada Allah banyak2..

DIA yang bagi masalah, DIA yang selesaikan.. DIA yang bagi derita, DIA yang bagi bahagia.. jangan malu untuk merayu pada Allah sebab DIA x pernah jemu dengar rayuan hambaNya.. berusaha untuk bangun, nadiah! syaitan tengah hasut tu, x jemu2 hasut nadiah unutk awak kekal lemah semangat, lupa TUHAN, salahkan takdir.. cari kekuatan nadiah kembali.. dendam dan derita ibarat minyak, nadiah.. andai dicurah api, akan terbakar.. biarkanlah.. curahkan dgn air ketenangan dan kedamaian.. dapatkan damai itu bersama Tuhan kita Allah.. abg hanya boleh nasihat dan doakan nadiah.. moga Allah berkati nadiah seluruhnya..


ayat yang berulang kali aku baca,dari abang Muaz.

Abang muaz,mintak maaf sebab saya masih tak berubah.Saya dan usaha untuk sekurang-kurang cuba tutup masalah saya dengan hadirnya kawan-kawan dalam hidup.Tapi hakikatnya,saya tetap macam ni. :'(

Kak farah,penguat hidup aku,tak tau lah apa akan jadi kalau kak farah tak de,Kak farah tak jemu-jemu layan kerenah aku,bagi semangat tiap-tiap kali chat.Walaupun dalam FB je,tapi aku rasa macam sembang depan dia je..sayang kak farah!

Abang Rafi,walaupun jarang-jarang je chat ngan dia,tapi semangat dan nasihat dari dia,tak pernah aku lupa.Jalan penyelesaian dah ada kan abang Rafi?tinggal aku je lagi,yang masih was-was dalam menetapkan keputusan.

InsyaALLAH,when the right time is come,I'll ready for the truth.


Aku je yang tak reti nak bersyukur sebab ALLAH dah kurniakan insan-insan yang begitu baik hati ni.
Aku mintak maaf,aku masih macam ni.. ;'(

Masalah demi masalah datang.Friends,Family,anyone..ade je masalah. At the same time,aku saja masuk macam-macam program kat sekolah.Sebab malas nak masuk kelas.

Memang konfomlah banyak topic yang aku tertinggal,sampai langsung tak boleh nak cover.
Kenapa ngan aku ni? Sampai bila aku nak terus macam ni?Dalam FB aku berlagak je aku ok.Honestly, actually I am not!

Please,anyone,please understand me.. :'(


Masa makin berlalu,kalau aku terus macam ni,SPM aku jawabnya HANCUR!
Memamng result mid year dengan Final year aku jauuuuuuuuuh sangat bezanya. :'(
Ya ALLAH,bantulah hambamu ini YA ALLAH,aku lemah YA ALLAH,hanya engkau yang tahu segenap isi hatiku ini.

Aku mohon padamu,janganlah engkau biarkan aku terus dalam kelalaian yang aku cipta sendiri ini.

YA ALLAH,aku mohon YA ALLAH,dengan segenap hatiku..daripadamu aku datang,kepada mu jualah,aku kembali :'(
nota jari hantu:
Kak Farah..nak jumpa!! :'(
Abang Muaz,saya masih macam ni,maafkan saya :'(

No comments: