Friday 9 December 2011

rasa rindu itu satu ujian

dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI.

Rindu aku tak?heee...

malam ni hati kata rindu... *bukan rindu pada pada bf yer,harap maklum*
Korang tau tak,rasa rindu tu sebenarnya satu ujian? Ye lah,ALLAH nak uji kita sejauh mana kita boleh bersabar dengan hati kita.Kan?

Mesti korang pernah rasa rindu.Sakit kan? Rasa macam..haiish,entah la,susah nak ungkap dengan kata-kata ni. Korang sendiri paham kan?

Bila rindu,apa yang selalu korang buat?
Tatap gambar sampai nak pecah photo frame tu? Ke korang peluk apa saja yang orang korang rindu bagi kat korang Tak pon korang dengar lagu jiwang-jiwang?*bagi yang sedang berkapel la*

Kalau untuk yang dah mati?korang baca yassin?ziarah kubur?
Kalau aku,time aku rindu ngan orang-orang yang aku sayang,aku doa je. Aku mintak biar ALLAH percepatkan jodoh untuk aku bertemu ngan orang yang aku sayang.Tiap-tiap hari aku rindu kakak aku,abang aku.

Bila doa,kita akan resa lega tau. Kita boleh rasa yang ALLAH sampaikan salam rindu tu untuk orang yang kita rindu..tak caye? try la=)

Rasa rindu tu jugaksatu anugerah sebenarnya.

Salah satu daripada 10001 emosi yang ALLAH ciptakan. Beruntungkan ALLAH ciptakan kita sebagai manusia yang punya hati dan perasaan?

Di kala tu,ALLAH hadirkan kita maca-macam jenis perasaan.Dan salah satu dariNya,rasa rindu=)
Bagi aku, ALLAH hadirkan satu perasaan yang indah iaitu CINTA. Cinta kepadaNya, lalu cinta kepada RasulNya,lalu hadirlah pula rasa cinta kepada makhluk-makhluk ciptaaNya. Kemudian,tumpahlah kasih dan sayang. Dari situ,akan terbitlah rasa rindu bila berjauhan.


nota jari hantu:
ahhhh..rindunya aku pada mereka! YA ALLAH YA TUHANKU,sampaikanlah rindu ku pada mereka..

p/s:
Kak Farah,bila agak-agak nyer kita boleh jumpa ye? teringin sangat nak jumpa :'(

No comments: