Friday 9 December 2011

SELAMAT HARI JUMAAT WAHAI DUNIA AHKIR ZAMAN:)

dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI.

Alhamdulillah,syukur ya ALLAH,hidup lagi aku hari ni.Dapat lagi aku teruskan perjalanan hidupku sebagai seorang muslimah di dunia yang sementara ni.

Hye..semua=)ape khabar?sihat?tak sihat?tak sihat pi klinik;)
heee,tetibe pulak jadi caring hari ni.
Apa khabar hari anda?Apa cerita jumaat anda? Ya,hari ni hari jumaat.Hari untuk kita mendapatkan lebih success dalam hidup kita. Hari untuk kita perbaiki diri kita. *Cehhh,ada gaya macam DR FADHILAH KAMSAH tak?* =D

maybe dah ramai yang tahu kelebihan hari Jumaat ni,tapi mungkin juga ramai yang belom tahu.So,tak salah kan aku nak cerita sikit apa kelebihan penghulu segala hari ni,kan?kan?kan?
Segala yang aku nyatakan kat bawah ni,semuanya aku dah belajar.Tak silap aku masa form 2 0r form 5 gitu la,tak ingat sangat..hee =D

1.Berlakunya hari kiamat.

Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa,

“Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2.Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.

Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”


3.Penghulu segala hari.
Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa? Sebab Jumaat ni adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.

Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

4.Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

So,sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

5.Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda*ada gaya macam doktor tak?* ^^

Kalau boleh, Jumaat ni bagi mana yang dah lama tak potong rambut,so potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang,atau dah memang konfom dah setahun tak potong tuh,hah..potonglah.

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6.Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah rendah lagi maybe ramai yang dah diberitahu akan perkara ini.

Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan? Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Okeh..setakat yang aku ingat,tu je lah.Err..ada yang lain lagi ke?kalau ada yang tertinggal tuh,means aku lupa la tuh.. ^____________^

Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk kita rebut.InsyaALLAH dengan perkongsian ilmu yang sedikit ni,adalah yang dapat manfaat darinya.

Moga hari sayyidul Ayyam kita ni,diberkati.InsyaALLAH..
sekian..SALAM HARI JUMAAT=)

nota jari hantu:
kadang-kadang terfikir jugak yang laman blog nih boleh aku guna untuk berdakwah.kan??

p/s:
bagi korang yang rasa diri tu lelaki,jangan lupa hari ni hari Jumaat.Solat Jumaat.Jangan buat-buat lupa pulak..k?

No comments: